GEORGE TOWN: Proton Holdings Bhd (Proton) mengalakkan pengedarnya menaik taraf pusat operasi mereka daripada 1S atau 2S kepada 3S atau 4S dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Pusat operasi 1S ialah pusat jualan dan 2S adalah pusat servis dan alat ganti manakala 3S pula menawarkan khidmat jualan, servis dan alat ganti sementara 4S menawarkan khidmat jualan, servis, alat ganti serta ketuk dan cat.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata berdasarkan perancangan tahun ini, sekurang-kurangnya lima buah pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Katanya pengedar juga bersedia menaik taraf pusat operasi masing-masing bagi menawarkan jualan, servis dan alat ganti untuk pelanggan selain perkhidmatan ketuk dan cat di bawah satu bumbung.
"Ketika ini Proton ada 43 pusat 1S dan 78 pusat 2S. Oleh itu kita menggalakkan pengedar untuk menaik taraf pusat operasi tersebut kepada 3S dan 4S, tetapi terdapat beberapa kekangan dalam kalangan mereka yang membabitkan lokasi.
"Namun kami menjangkakan lebih banyak pusat 1S dan 2S akan dinaik taraf dalam beberapa tahun akan datang kerana sebenarnya menerusi pusat operasi yang dinaik taraf itu, kami yakin dapat menyediakan ruang servis dan jualan yang lebih baik kepada pelanggan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Terdahulu Roslan mengetuai Proton menganjurkan lawatan media untuk memperkenalkan inisiatif Kecemerlangan Operasi Proton (POE), di salah satu pengedar rasminya, Vivahill Motor Service Sdn Bhd di Bayan Lepas dekat sini.
POE ialah strategi teliti yang menekankan komitmen Proton terhadap pelaksanaan yang sistematik, memastikan kecemerlangan operasi di setiap titik sentuh pelanggan dan memupuk kepercayaan terhadap komitmen jenama kereta nasional itu.
Sementara itu, Roslan berkata lima pusat operasi yang akan dinaik taraf dan telah dikenal pasti lokasinya membabitkan Banting di Selangor yang dijangka siap hujung bulan ini, Batu Kawan di Pulau Pinang dan Jerantut di Pahang.
Manakala dua lagi di Kuching, Sarawak dan Kuala Nerus di Terengganu yang mana setiap pusat operasi yang dinaik taraf melibatkan perbelanjaan antara RM7 juta hingga RM20 juta mengikut keluasan dan lokasinya, kata beliau.
"Setakat ini, terdapat sebanyak 155 pusat operasi 3S dan 4S, dengan penambahan lima lagi pusat operasi itu menjadikan 160 kesemuanya dan usaha ini akan meningkatkan kehadiran jenama Proton dalam industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Situasi di salah satu pengedar rasmi Proton, iaitu Proton Vivahill Motor Service Sdn Bhd, di George Town, 1 Feb 2024. -- fotoBERNAMA
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.